
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang memulas
Saya umur 20, saya kerap sakit perut yang memulas sebelum dan selepas membuang. saya juga tidak dapat makan makanan pedas walupun sedikit. adakah sakit yang saya alami ini sakit perut biasa ?. sakit perut saya ni setiap hari sejak 1st ramadan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pihak kami percaya doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan yang sewajarnya keatas diri anda, disini kami nasihatkan anda untuk mematuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor. Sekiranya masalah ini bertambah serius, anda disarankan untuk berjumpa semula dengan doktor tersebut bagi mendapatkan rawatan susulan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut memulas yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Anda disarankan untuk ke klinik dengan segera jika mengalami gejala-gejala seperti ini:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih