
adamdarwish501
5 tahun
Sakit Perut yang pelik
Saya adalah remaja berumur 16 tahun Dan ingin menanyakan soalan kepada doctor .Baru² ni saya dapat rasakan perut/abdomen saya rasa sakit. Warna Najis saya berwarna hijau Cait Dan berair. Walaupun sudah membuang air besar, Perut saya masih sakit ketika berdiri tetapi tidak sakit ketika duduk atau baring. Kenapa Ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala sakit perut yang anda terangkan serta najis yang sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keracunan makanan
- Radang usus
- Intoleransi terhadap makanan
- Masalah sistem pencernaan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.