
Anonymous
5 tahun
Sakit perut yg menyebabkan muntah dan cirit birit
saya berumur 19 thn, saya mengalami sakit perut yang tersangat sakit ibarat gastrik dan dia menyebabkan saya muntah2, cirit birit serta perut sentiasa terasa kembung dan sakit. setiap kali saya makan atau minum, setiap kali tu saya akan muntah balik dan diikuti dgn cirit birit. saya ada makan ubat yg hospital bagi tapi tetap jugak sama keadaannya. boleh saya tau tak kenapa keadaan saya jadi mcm ni ? ada faktor atau tanda2 lain yang serius ke? tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Sekiranya anda mengalami perburukan keadaan seperti cirit berdarah, sudah tidak makan minum sehari dan sangat lemah, dan lain-lain, sebaiknya segera berkunjung ke doktor untuk diberikan rawatan yang sepatutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.