
kingraj
3 tahun
Sakit perut
hello doc, saya selalu sakit perut dan dada seperti rasa ketat. Saya perasan keadaan ini berlaku jika saya makan roti, biskut dan sesetengah buah macam nangka atau buah ciku. Boleh saya tahu kenapa keadaan ini berlaku dan apa penyakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui maklumat yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit perut dan dada ketat. Kami memahami kegusaran yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Gastrik
- Ulser perut
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.