
Anonymous
6 tahun
Sakit pinggang & bawah pusat
saya wanita berumur 25 tahun, dalam 3 hari saya mulai membuat senaman di rumah dan ia menyebabkan bahagian pinggang dan bwah pusat saya terasa sakit. adakah itu kesan drpd mmbuat senaman?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!