eykabalqis90
6 tahun
Sakit pinggang belah kanan dan berdenyut
Saya wanita remaja dalam 20 an , skrg saya rasa sakit pinggang d bahagian belah kanan . Bilaa syg nak tarik nafas rasa sakit dan berdenyut denyut d bahagian tu .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang sebelah kanan anda boleh disebabkan:
- Radang apendiks
- Angin pasang (hernia)
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit, sista (cyst) dalam ovari
- Masalah saluran air kencing - seperti batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























