
ndelyla91
5 tahun
Sakit Pinggang berpanjangan menjalar ke punggung
Salam sejahtera Doktor. Saya seorang wanita bujang yang berusia 28 tahun. Saya ada satu pertanyaan yang ingin diajukan. Selama 2,3 minggu ini, saya menghadapi sakit pinggang yang berpanjangan yang membawa kepada lenguh2 dan kebas punggung dan peha. Sebelum ini, saya pernah mengalami sakit pinggang dan belakang yang teruk yang menyebabkan saya tidak dapat bangun dari pembaringan kerana sakit. Ia terjadi sekita 7-8 tahun yang lalu. Namun setelah dua tahun, sakit itu beransur kurang tetapi kini sakit pinggang yang berpanjangan jadi semula.
Selain itu, kerap terjadi bila saya cuba untuk membengkokkan badan/menundukkan badan, ada satu kawasan di pinggang saya yang terasa seperti ada sesuatu yang jatuh/bergerak (mungkin tulang) dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat dan kemudian saya tak mampu membengkokkan badan.
Saya musykil dengan kesakitan ini. Sekiranya saya ke klinik, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit dan keesokan harinya sakit Alan datang kembali.
Mohon maklum balas dari pihal doctor on call untuk menjawab permasalahan dan dilema saya ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.