mariarj68
4 tahun
Sakit pinggang dan kebas
Saya wanita berumur 51 thn.Sakit dibahagian belakang di sblh kiri.mengalami kebas tgn.sakut dh lama alami lebih kurang 6 bln
Semenjak 2 hari ini sakit di bahagian pinggang dan rasa lenguh dan kebas hingga ke kaki
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hernia nucleus pulposus (HNP) - apabila bantalan tulang belakang terkeluar sehingga menekan saraf dan menimbulkan kesakitan
- Sciatic nerve pain - keradangan saraf sciatic
- Spondilolisthesis - apabila salah satu tulang belakang bergerak ke depan
- Spondilytis - sejenis keradangan tulang belakang
Sebetulnya, diagnosis kesemua masalah yang disenaraikan diatas memerlukan pemeriksaan lanjut. Malah, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.