eycah0070
4 tahun
Sakit pinggang di belakng
Saya berumur 35 Thun Dan tgh mengandung…sejak Saya mengandung …Saya kerap skit di bhagian tulang punggung…dan baru2 nie…skit tu melarat SAMPAI ke pinggng .nk tido susah…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal bagi wanita mengandung.
Anda disarankan:
- Melapik bantal kecil dibahagian pinggang
- Memakai kasut yang bersesuaian dan bukan tumit tinggi
- Banyakkan berehat
- Kurangkan membongkok sewaktu mengambil barang
Walaubagaimanapun, sekiranya masalah anda masih berlanjutan, anda perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan penyakit yang boleh memberi gejala sakit pinggang seperti jangkitan kuman pada salur kencing. Hal ini amat berbahaya kepada buah pinggang ibu dan kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.