hyojoo2214
5 tahun
Sakit Pinggang hingga ke Peha berkaitan dengan Covid-19
saya berumur 21 tahun. mengalami sakit pinggang sehingga ke peha.
history: pada 22/2/2020 saya menjalani pembedahan membuang besi di betis akibat kemalangan 3 tahun lepas. sewaktu pembedahan, ia menggunakan bius separuh (cucuk belakang).
adakah normal doctor saya mengalami sakit pinggang hingga peha yang sangat sakit? 1-10 i would rate 6 pain. duduk sakit, berdiri dan baring kurang sikit. saya risau akan petanda Covid-19. adakah ianya salah satu simptom covid-19? adakah perlu saya untuk cek? atau ia normal hanya effect ubat bius yang lama-lama akan hilang sendiri? saya risau akan ianya simptom covid-19. mohon jelas kan… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Oleh itu, sakit pinggang hingga ke peha bukan gejala yang merujuk kepada jangkitan COVID-19. Berkemungkinan ia disebabkan kesan bius semasa anda menjalani pembedahan. Hal ini kerana tulang belakang adalah dimana urat saraf berada. Dan iritasi terhadap urat saraf boleh menyebabkan sakit. Namun begitu, untuk membuat kesimpulan yang tepat, maklumat lain harus diperolehi. Oleh itu, bagi mengetahui punca masalah anda, disarankan untuk anda merujuk kepada doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya sakit anda berpanjangan atau semakin parah.
Selain itu, untuk mengurangkan kerisauan anda mengenai jangkitan ini, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































