
nurhidayah.kussin
5 tahun
Sakit pinggang ketika batuk
Saya wanita 20’an. Beberapa hari lalu beberapa anggota badan saya sakit ketika batuk. Contohnya pinggang dan ketika buang air kencing dan ketika buang angin. Boleh saya tahu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, secara umum batuk yang keras dapat menyebabkan bahagian badan yang lain ikut bergetar dan tekanan otot. Akan tetapi, sekiranya sakit berkekalan diluar waktu batuk, ia boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Hernia nucleus pulposus yaitu sakit belakang yang timbul akibat saraf tulang belakang yang tertekan
- Batu buah pinggang
- Batu karang
Memandangkan gejala ini telah berlangsung terkait dengan batuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah batuk anda terlebih dahulu. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.