Sulit
4 tahun
Sakit pinggang, pinggul, kaki kebas dan leher tengkuk
Saya wanita berusia 20 tahun, sya mengalami masalah sakit pinggang belakang. Bila sya duduk lama dan bengkokkan badan sya rsa sakit. Pinggul dan leher tengkuk sya pun rasa…kaki dan tangan sya terasa kebas…tangan kurang rasa kebas…saya dah pergi mengurut tapi tidak ada perubahan…dah sebulan lebih sya rsa sakit…bila sya mengambil ubat tahan sakit, ubat urat dan ubat agin pun tidak jadi apa2 dan lama sya rasa sakit smpai kpla sya pening.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, beberapa kumpulan penyakit yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa keadaan penyakit seperti:
- costochondritis (keradangan tulang rusuk),
- cervical syndrome,
- masalah tulang belakang seperti lower back pain
Sejujurnya, keterangan yang anda berikan masih belum lengkap untuk doktor mengenalpasti secara tepat diagnosis ataupun penyakit penyebab keluhan anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, untuk merujuk doktor secara langsung, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.