
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang selepas jatuh
Saya wanita dalam 20an, baru-baru ini saya jatuh terduduk dan sekarang ini saya sakit pinggang bahagian belakang dan sakit perut bahagian bawah kiri. Dan sebelum ini saya pernah jatuh terduduk juga tapi saya tidak berjumpa doktor. Cuma jatuh kali ke2 saya berasa sakit, apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdaaarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada permasalahan ini, anda digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, apabila seseorang itu jatuh sehingga mengalami kesakitan dan kesukaran untuk bergerak, dikhuatiri banyak bahagian tubuh yang terkesan seperti otot, tulang dan saraf. Kecederaan yang terjadi pada bahagian ini harus dilakukan pemeriksaan imaging seperti X-Ray, CT-scan dan sebagainya untuk mencari tahu diagnosis penyebab penyakit.
Bagi merawat keadaan ini, perlu didiagnosis dah dicari tahu punca penyakit terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.