
Sulit
5 tahun
Sakit pinggang semasa hamil
Boleh ke mengeliat sambil bunyikan pinggang

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, menggeliat atau merenggangkan badan atau sendi sehingga menghasilkan bunyi “pop” adalah tidak disarankan. Namun, terdapat kajian yang mendapati tiada apa-apa komplikasi yang merbahaya akan terjadi jika ianya dilakukan pada jangka masa yang lama. Tetapi, harus diingat bahawa ianya tidak digalakkan untuk dilakukan lebih-lebih lagi terhadap wanita yang sedang hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.