
syafiqah.ga
6 tahun
Sakit pinggang semasa mengandung
Isteri saya mengadu dekat saya katanya pinggang sakit ? Apa yang perlu saya lakukkan . Skrg saya bawak di pg klinik utk scan . Kandungan berusia 12 minggu

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maaf atas balasan yang sedikit lewat. Untuk makluman pihak tuan, biasanya wanita mengandung akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, belakang, kaki dan sebagainya. Hal ini adalah kerana mereka membawa beban yang berat ketika mengandung.
Walaupun perkara ini adalah biasa berlaku, tidak bermakna ia boleh diabaikan. Oleh itu, anda boleh bertanyakan kepada doktor tentang masalah ini semasa pergi ke klinik untuk scan kandungan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.