
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang sesama hamil
Saya wanita dalam 20 an. Saya berkerja di sebuah restoran. Saya mengandung 7 minggu. Seawal 5 minggu saya berasa sakit pinggang sehingga terjaga dari tidur pada waktu malam. Kesakitan dirasai dalam 30 minit. 7 minggu pun merasai sakit yang sama tapi pada waktu siang. Saya nak tanya adakah ia normal atau tidak ? Sekiranya tidak normal apa yang patut saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit pinggang ketika hamil boleh disebabkan oleh:
- Perubahan hormon ketika mengandung
- Pusat graviti badan tidak stabil
- Pertambahan berat badan
Kebanyakan punca yang disebutkan diatas adalah dianggap “normal” ketika kehamilan namun sekiranya ia mengganggu kehidupan seharian, maka anda boleh berjumpa dengan doktor atau bertanya secara privasi di link (DoctorOnCall) ini.