
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang setelah aktiviti
saya lelaki berumur 21 tahun. pinggang saya berasa sakit dan lenguh setelah melakukan aktiviti fizikal yg perlu bonkok walaupun tidak mengambil masa lebih dari 3 minit. seperti menyapu sampah. adakah ini biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kedudukan badan yang kurang sihat
- Kecederaan pada otot belakang
- Bersenam berlebihan
- Kecederaan pada sendi dan tulang belakang
- Gangguan saraf
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.