
ernamit512
5 tahun
Sakit pinggang terasa panas
Saya wanita berumur33thn.bru smggu no
Saya mgalami sakit pinggang yg teramat Sgt.
Badan terasa panas.tp saya kncing sperti biasa.
Mohon pencerahan doktor.haruskh saya pergi klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
-Batu karang pada saluran buah pinggang
-Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
-Masalah pada struktur ovari pada wanita
-Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.