
Sulit
5 tahun
Sakit Puan - Mengandung
Saya berumur 46tahun dan baru berkahwin untuk kali kedua. Dan pasangan saya berumur 34tahun. Suami saya ingin kan anak. soalan saya, boleh ke saya mengandung lagi dengan period saya yang tidak menentu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, tanpa melihat usia, sebetulnya penyebab utama ketidaksuburan pada wanita adalah kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur. Faktor lain termasuk masalah dengan organ-organ pembiakan, masalah hormon, dan parut atau sumbatan tiub fallopian. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan jangkitan masa lalu (STI) atau endometriosis. Selain itu, masalah luar sistem pembiakan seperti masalah kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari juga boleh menyumbang kepada kemandulan.
Sebaiknya puan dan suami mendapatkan konsultasi doktor pakar untuk merancang kehamilan anda dan mendeteksi masalah-masalah yang mungkin dihadapi. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih