
Sulit
4 tahun
Sakit punggung sebelah kanan
Saya berumur 25 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Selepas melahirkan anak kedua pada oktober 2018, saya start rasa sakit di bahagian punggung sebelah kanan bila duduk dan berdiri terlalu lama, rasa bisa yang menjalar dari punggung, pinggang dan peha. Rasa sakit cuma di bahagian sebelah kanan sahaja. Sekarang saya mengandung 7 minggu, rasa sakit tu semakin kerap walaupun saya baru duduk sekejap. Persoalan saya, terdapat apa2 risiko yg mungkin ke jika saya teruskan kandungan dan kandungan saya semakin membesar? Dan cara rawatan yg perlu saya dapatkan, adakah mri perlu? Terima kasih doktor.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bahagian punggung adalah aduan yang terlalu am dan mempunyai pelbagai sebab lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan satu bahagian sahaja. Rasa kebas secara amnya boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- Saraf terhimpit dengan tulang/ otot sekitar dan rawatan fisioterapi/ senaman adalah diperlukan
- Masalah kencing manis
- Masalah keradangan saraf
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit dan kebas punggung merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar Ortopedik dan pemeriksaan serta rawatan lanjut akan diberikan mengikut diagnosis yang bersesuaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.