
Sulit
4 tahun
Sakit rahang gigi hingga sukar untuk makan
selepas saya membuat pembedahan potong gusi dan cabut gigi, saya mendapati saya tidak dapat membuka rahang gigi saya dengan sempurna hingga menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk makan.adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan tamat ubat bius
- “Kesakitan rujukan”- kesan kerensangan saraf gigi yang membawa sampai ke rahang
- Bengkak gusi - akibat prosedur mencabut gigi bongsu
- Jangkitan kuman selepas prosedur cabut gigi
- Jangkitan tetanus - sekiranya berlarutan dan tidak boleh langsung membuka mulut
Sekiranya masalah ini berlarutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan doktor gigi di klinik berhampiran kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.