
Sulit
3 tahun
Sakit sebelah Kiri seluruh bahagian n masalah period tidal datang 4 Bulan
Hi, sya Alin, umur 25 Thun…sy sering mengalami sakit Di bahagian Kiri badan cth bahu,tangan,tengkuk area pinggang dekat betis boleh dikatakan seluruh.dan juga kerap sakit kepala belah Kiri…
Bila sakit sy selalu sapu minyak panas,berkesan sekejap Sahaja lepastu sakit balik… tangan n kaki selalu kebas²…
Period sy dah 4 Bulan tak datang risau sgt sy Belum berkahwin…
Bila sy perasaan, bila menahan membuang air kecil sy AKAN sakit pinggang Di bahagian Kiri .
Bila tak tahan sangat at sy akan makan pcm n bila sakit badan sy akan makan beserol.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah kesakitan di bahagian kiri pada seluruh badan dan juga mengalami haid yang tidak datang selama 4 bulan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Otot yang terseliuh
- Ketegangan otot
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis
- Kekurangan vitamin B12
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:
- Kencing manis
- Cyst ovari yang boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang dan menganggu kitaran haid anda.
Haid yang tidak datang juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovaro atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi