
Sulit
4 tahun
Sakit sekitar gusi gigi sebelah kanan
salam sejahtera doctor,saya ingin nasihat doctor,saya brusia 28tahun,sejak 6bulan lalu kekadang sering mengalami sakit gusi bhagian belakang kiri,tidak tahu sakitnya datang dari gigi ke gusi.untuk pengetahuan doctor saya dah membuat pemeriksaan gigi.gigi semua dalam keadaan baik dan tiada lubang.dan doctor klinik tsebut mgatakan gigi geraham bongsu nk tumbuh,sudah 6bulan sakit dan tiada nampak sebarang gigi yg akan tumbuh,adakah ptumbuhan gigi bongsu mengambil jangka masa panjang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, agak sukar untuk menjangkakan bila gigi bongsu akan keluar sepenuhnya. Ia boleh mengambil masa bertahun untuk gigi bongsu keluar sepenuhnya daripada gusi. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesakitan yang anda alami seperti:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutritio )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.