Sulit
4 tahun
Sakit sekitar ketiak dan payudara
Saya telah menerima vaksin pfizer dos kedua pada 1/9/2021. Selepas beberapa jam saya berasa sakit di ketiak dan payudara berhampiran ketiak dan berlarutan sehingga harini. Apabila saya membuat pemeriksaan saya mendapati tiada benjolan tetapi hanya sakit dan berdenyut-denyut pada bahagian tersebut. Saya tidak berasa lenguh atau sakit pada bahu yg dicucuk tetapi sakit di bahagian ketiak menyebabkan saya sukar untuk mengangkat tangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut adalah kesan sampingan umum vaksin Covid. Kesan samapingan lain adalah seperti yang berikut:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























