mummyddanish
3 tahun
Sakit sekitar perut dan tulang belakang
Saya seorang ibu . 24 tahun … lewat datang haid selama 6 bulan . Tak makan perancang … tak mengandung juga . Baru2 cek ke klinik . Kena bagi ubat pecah darah . Tapi still tak haid2 juga … dua hari kebelakangan ni saya mengalami sakit tulang belakang dan sakit sekitar area perut . Dan badan gatal2 . Adakah ini normal doc?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang dan perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang buah pinggang - disebabkan jangkitan/auto-imun/batu karang
- Fibroid - boleh menyebabkan haid terhenti juga
Manakala kedatangan haid lewat anda boleh disebabkan seperti Sindrom Polisistik Ovari, masalah tiroid/pituitari ataupun penyakit Cushing. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































