
Sulit
3 tahun
Sakit selepaa kencing
Saya wanita berumur 30an dan telah berkahwin.saya mengalami masalah sakit selepas membuang air kecil di bahagian faraj.saya ingin tau sebabnya.kenapa ya doc?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kesakitan faraj ketika kencing. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda nyatakan boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya adalah:
- Vaginitis
- Jangkitan salur kencing (UTI)
- Chlamydia
- Gonorrhoea
- Herpes
- Batu karang
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.