
Sulit
3 tahun
Sakit selepas cabutan gigi akibat terdapat serpihan gigi yang tajam
Semalam saya cabut gigi geraham bawah, sekarang masih sakit dan bengkak. Tetapi yang paling mengganggu adalah terdapat serpihan gigi yang tajam mencucuk lidah dan gusi di atas sehingga mengganggu tidur. Adakah normal jika masih terdapat serpihan gigi? Adakah ia akan tanggal sendiri semasa dalam proses penyembuhan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
alam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas gigi dicabut umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses ekstraksi, jahitan gusi atau tusukan bius. Ketiga-tiga fenomena in lazimnya hilang setelah beberapa jam hingga hari mengikut tiap individu. Anda boleh kembali ke pusat rawatan gigi anda sekiranya kehabisan ubat tahan sakit yang lazimnya diberikan setelah selesai operasi. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kesakitan yang berterusan atau agak lama boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Yang pasti ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Mengenai pertanyaan anda tentang serpihan gigi yang tajam, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor gigi anda bagi tujuan pemeriksaan. Maklumkan kepada beliau masalah yang dihadapi oleh anda.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).