Sulit
5 tahun
Sakit selepas operate appendix
Saya buat operation 1 Mei yg lalu… Setiap hari akan ada rasa sakit menyucuk di bahagian perut.
Bila dah sebulan ni, rasa makin kerap pula sakitnya… Macam sakit kene jerut pun ada, berlaku dalam beberapa second je past tu ilang… Kang nanti datang lagi, macam org rese nak bersalin pulak. Dalam sehari tu, sakit kuat ni ada lah datang dalam 9 - 10 kali tak tentu waktu… Kadang pagi, tengahari, petang, malam. Bila sakit tu dtg… Saya akan pejam mata lah untuk bertahan… Then dia ilang 


Kenapa ia berlaku dan ada rawatan @ ubat kah untuk hilangkannya terus? Harap doktor dapat membantu 



5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit perut selepas pembedahan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Gejala ini mungkin diakibatkan oleh masalah seperti:
- parut pembedahan tersebut tidak pulih sepenuhnya
- proses inflammasi untuk menyembuhkan usus yang dibedah dalam perut.
- Usus melekat pada tempat pembedahan dibahagian dalam abdomen
Jika anda mengalami gejala seperti:
- Sakit perut yang serius
- Demam
- Perut kembung
- Tiada selera makan atau tidak boleh membuang air besar
- Pendarahan daripada parut bedah
- Berak darah
Anda disarankan untuk menjumpai doktor anda secepat mungkin bagi mengecualikan komplikasi seperti pembukaan parut bedah atau pembocoran usus daripada berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























