
Sulit
4 tahun
Sakit selepas suntikan di punggung
Sy wanita 25 tahun…sy sakit di paha selepas di suntik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, maklumat lanjut mengenai keadaan anda adalah diperlukan. Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk berasa sedikit sakit atau tidak selesa di bahagian suntikan buat seketika. Disebabkan anda menyatakan anda berasa sakit di bahagian paha selepas mendapatkan suntikan, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Kebas di bahagian kaki atau punggung
- Pergerakan terbatas
- Kawasan suntikan menunjukkan tanda-tanda radang seperti bengkak, merah, terdapat nanah dan sakit
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.