Sulit
3 tahun
Sakit sendi belakang badan dan mudah bersin
Saya wanita 20’an. Saya Ada beberapa soalan.
1-Saya baru lepas minum nescafe tetapi badan belakang rasa sakit2.
2-Lepas tu, jika saya minum air sejuk, dlm 5 minit lepas tu, mesti bersin. Dada pulak rasa sejuk2.
3-Saya nak buat diet. Diet suku-suku sparuh (DSS) Dan intermittent fasting(IF). DSS tu mmg kadang jadi kadang x. Tapi IF tu kalau contoh mcm sy mkn breakfast n skip lunch, mkn time dinner byk, boleh ke… tp time sy skip lunch tu, sy gantikan dengan air putih la…boleh ke ?
Harap doktor boleh Bantu Saya. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dan lenguh di bahagian belakang badan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Masalah kerap bersin boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!