nuraqilahtaha6
6 tahun
Sakit sendi ,demam dan bengkak
Hai saya berumur 19 tahun.
Sebelum ni saya ada benjolan di bawah leher. Dan ia pulih selepas 3 minggu kemudian.
Selepas benjolan itu pulih. Badan dan sendi sendi saya sakit. Kaki,lutut,siku dan pergelangan tangan bengkak.jari jari syaa juga sakit apbila digerakkan. Ia sakit dan kadang2 terasa kebas dibahagian tersebut.
Terdapat juga bintik-bintik merah timbul di bahagian paha hingga ke tapak kaki. Ia nya sakit apabila disentuh atau tersentuh apa apa. Pada waktu malam saya kerap demam.
Boleh saya tahu kenapa semua itu berlaku? Apakah penyakit saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Penyakit Tibi
- Leukemia
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























