Sulit

4 tahun

Sakit sendi + rasa nak demam tapi tidak

Saya lelaki berumur 21, nak tanya kenapa ya saya selalu rasa lenguh2 sakit sendi & badan rasa lemah mcm demam. Tetapi suhu badan normal. Tapak kaki sentiasa sejuk & perut rasa berangin bila ditepuk ada bunyi kembung. Lagi satu, saya senang sangat rasa semut pada kaki walaupun bersila cuma sekejap. Orang lain ok je, saya akan jadi masalah. Bila bangun perlu tggu seminit dua susah nak jalan. Kemudian rasa tu terus hilang. Saya selalu rasa lenguh2 sakit pinggang hingga ke lutut. Apakah cadangan dr? Nk check up pun masalah juga kerana kebiasaannya mereka hanya memberi nasihat & tidak ada rawatan susulan.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, kesakitan pada sendi boleh berlaku disebabkan masalah pada setiap struktur seperti kulit, otot, ligamen, atau pangkal saraf. Akan tetapi, tulang jarang menyebabkan timbulnya rasa sakit. Berikut merupakan antara penyakit yang boleh berlaku melibatkan sendi dan kawasan sekitarnya.

  • Jangkitan pada sendi atau tulang
  • Kecederaan atau trauma pada bahagian sendi.
  • Keradangan sendi.
  • Keradangan sendi yang berpunca daripada masalah reumatoid.- sakit ini dalam terma perubatan dikenali sebagai rheumatoid arthritis. Ia disebabkan oleh antibodi badan sendiri menyerang sel normal seperti sendi. Pesakit selalunya mengalami simptom seperti sendi terasa tegang ataupun sakit terutamanya pada waktu pagi.

Bagi kesakitan pada bahagian sendi, berikut merupakan jenis rawatan yang boleh untuk dilakukan.

  1. Meletakkan pek sejuk yang dibalut dengan mengunakan tuala pada bahagian sendi yang sakit. Kaedah ini adalah untuk mengurangkan kebengkakan dan kemerahan. Letak pek ais selama 30 minit secara berkala sehinggalah bengkak tersebut surut.
  2. Rehatkan sendi daripada apa-apa pergerakan sehinggalah sakit tersebut reda. Anda juga boleh untuk mengenakan splint bagi memastikan bahagian sendi tersebut direhatkan secukupnya.
  3. Pek panas juga diperlukan setelah bengkak surut untuk meringankan ketegangan sendi.
  4. Pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun NSAID juga membantu untuk meredakan kesakitan. Untuk pengetahuan anda, ubat tersebut boleh didapati di farmasi.
  5. Ubat lain seperti antibiotik adalah bergantung kepada punca sakit sendi dan ubat ini diberikan dibawah pengawasan dan preskripsi daripada pengamal perubatan/ doktor
  6. Rawatan kepada sakit yang khusus hendaklah diberikan setelah diagnosis berkenaan sakit telah dikenalpasti.

Masih terasa lenguh dan sakit sendi? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik / hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala;

  1. Sakit bertambah teruk ataupun tidak reda walaupun telah mengambil ubat-ubatan.
  2. Demam sakit sendi, sesak nafas, kebas dan lemah badan.
  3. Sakit yang menghalang anda daripada melakukan aktiviti seharian seperti makan, jalan dan juga bekerja.
  4. Mengalami masalah seperti cirit-birit
  5. Mengalami luka atau pun kecederaan
  6. Hilang keupayaan untuk mengawal kencing dan juga perkumuhan
  7. Penurunan berat badan yang signifikan
  8. Sendi yang kelihatan bengkak, merah dan terasa panas.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lebih mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

Masih risau dengan sakit sendi yang anda alami? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)