
Sulit
4 tahun
Sakit sendi, tonsil sakit
Saya wanita 34 tahun. Setiap bulan pasti mengalami tonsil bengkak. Tapi kali ni sudah masuk beberapa minggu sakit. Doktor ada berikan ubat anti radang. Tetapi mulai 2 hari lepas saya mulai merasa kesakitan otot dan sendi. Dan belakang dada terasa seperti ditumbuk. Tiada selsema. Kadang2 terbatuk dan tersedak. Perlukah saya buat saringan covid19? Saya tiada kontak rapat dengan pesakit covid tetapi ada menggunakan pengangkutan awam seperti LRT untuk ke tempat kerja.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti:
- dehidrasi
- common cold
- radang tonsil
- radang pharynx
- GERD
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika anda tonsil anda masih bengkak dan mempunyai simptom-simptom ini:
- demam
- sukar bernafas
- loya dan muntah
- tekanan darah rendah
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.