
Sulit
5 tahun
Sakit seperti dicucuk di bahagian ari-ari
Saya wanita berumur 32thn… Sudah berkahwin… Saya selalu rasa sakit di bahagian ari-ari, seperti mencucuk, secara tiba2… Dan adakah ianya berkaitan juga dengan period saya tidak menentu? Paling lama saya tidak haid, selama 3bulan. Dan juga, saya akan merasa perih selepas bersama walaupon tiada masalah tentang kekeringan… Adakah masalah ni berkaitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.