
Sulit
3 tahun
Sakit seperti senggugut ketika awal hamil
Hi Dr. Saya buat test upt 3 hari lepas selepas beberapa hari sakit bahagian bawah perut, dan didapati saya positive hamil. Soalan saya, sakit ini dah berlanjutan salam 1 minggu ++, usia kehamilan dalam 4 minggu, adakah normal saya merasa sakit ini seperti senggugut, dan sakit sehingga pinggang… ia berpanjangan tetapi tidaklah terlalu mencucuk, hanya sesekali mencucuk, selebihnya rasa kurang selesa. Saya ada ke klinik scan, tapi belum kelihatan apa-apa di dalam rahim mungkin kerana terlalu awal. Saya risaukan kandungan, sy mengandung selepas 8 tahun mencuba.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian sekitar pinggang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- perut bergas - perut bergas mungkin boleh disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron, yang dapat menyebabkan otot-otot saluran pencernaan ibu bekerja lebih lambat.
- sembelit - masalah sembelit ini berkait rapat dengan masalah gas yang menyebabkan punca saluran pencernaan yang kurnag efisyen, seperti diterangkan di atas.
- kehamilan ektopik - salah satu tanda sakit perut yang bahaya adalah kehamilan ektopik, iaitu kehamilan yang berkembang di luar rahim.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall