
Sulit
4 tahun
Sakit setelah mengalami sembelit
Dr, sy berumur 25 tahun pernah menyalami sembelit dan sejak dari itu saya akan mengalami rasa pedih sakit dan gatal setelah BAB, mungkin pernah meneran dan luka. Perkara ini berlanjutan hampir 4minggu. tetapi tiada pula ada kesan darah atau apa apa. Nasihat dr apa yg perlu saya buat ye utk hilangkan luka ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit setelah sembelit.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan gejala sakit ini berlaku akibat sembelit yang dialami baru baru ini. Mungkin terdapat sedikit luka tetapi saya juga tidak menolak kebarangkalian penyakit lain yang anda alami buasir, keradangan anus dan lain lain.
Untuk mengetahui dengan lebih tepat, anda perlu melakukan pemriksaan fizikal di klinik. Bagi mengurangkan sakit dan mengelakkan sembelit daripada berulang, amalkan gaya hidup sihat seperti berikut:
- Banyakkan sayuran dan buahan dalam diet
- Minum air secukupnya
- Lakukan aktivit senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
- Kurangkan makanan berminyak
- Kurangkan makanan ringan
- Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak
Sekiranya sakit anda masih berterusan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.