
amalinafarhana77
5 tahun
Sakit tapak kaki, tumit dan beberapa bahagian badan
Hello Dr, saya Amalina dan berusia 25 tahun. Saya sudah 3 minggu mengalami sakit tapak kaki kiri setiap kali bangun dr tidur dan selepas duduk lama. Namun, lately semakin sakit dan mula sakit juga disekitar kaki dan rasa lenguh2 di kaki dan jari. Malah, sakit dh mula terasa di kaki kanan juga. Dua hari lepas juga saya tiba2 diserang sakit pinggang belakang. Namun setelah meletak ubat tampalan di belakang, sakit semakin kurang. Harini pula saya mula rasa sakit di lengan dan rasa lenguh2. Saya pernah berurut pada bahagian pinggang ke bawah pada seminggu lepas kerana ada yg menyampaikan pada saya bahawa sakit tumit berkaitan dengan peranakan. Namun, sampai harini saya masih lagi sakit malah mula rasa sakit sedikit di kaki kanan dan lengan tangan juga. selepas berurut, saya juga mula minum air rebusan serai dan halia setiap hari. Adakah sakit saya ini serius yer Dr? Harap Dr boleh bg penjelasan pada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah sakit tumit kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan - Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Plantar fasciitis - Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis - Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Manakala, sakit pada bahagian pinggang pula boleh terjadi kerana
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Sakit pinggang disebabkan masalah batu di pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.