
Sulit
4 tahun
Sakit Tekak , apa yang perky sy buat dan rawatan yang baik untuk memulihkan
Saya lelaki berumur 22 Thun, sy xberasa selesa dengan tekak selepas Saya merokok , adakah disebabkan rokok atau sebab lain. Tekak berasa kurang nyaman dan dada kadang² terasa sakit dan kadang2 sy bekerja belakang terasa sakit

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, rokok boleh menjadi faktor kepada sakit tekak. Selain daripada rokok, terdapat juga perkara lain yang boleh menyebabkan sakit tekak seperti:
- kekurangan air
- jangkitan bakteria atau virus
- common cold
- radang tonsil
- radang pharynx
- GERD
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.