
wind92sow
5 tahun
Sakit tekak , batuk dan keletihan badan
Saya lelaki berumur 28tahun. Saya tadi ada tanya di sini dan dinasihatkan buat test. Tetapi saya tidak berapa pasti dengan keputusan test codvid19 itu. Saya pernah ada travel history ke Thailand pada 15-19 Januari. Adakah itu termasuk dalam golongan recently ke tempat hign risk? Saya buat dua kali test cuma pilihan travel itu tidak sama.Keputusan sangat berbeza. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Thailand tidak termasuk dalam negara berisiko tinggi. Oleh itu, anda boleh tandakan tidak untuk soalan tentang sejarah melancong ke negara berisiko tinggi.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini