hsnahmzh
4 tahun
Sakit tekak belah kiri
saya wanita berusia 20an dan saya mengalami masalah menelan cecair/air liur yang berasa pelik. saya tak pasti kenapa tapi saya pernah mengalami sakit tekak bahagian kiri (saya expect sakit tonsil biasa sebab sebab dah dua kali pernah kena sebelum ni) tapi dia tak lama macam sakit tonsil biasa. dia hanya berlaku dalam tempoh kurang 12 jam tapi lepas tu saya kerap terasa sesuatu yang tak enak dalam mulut bila menelan. saya ingat perasaan saya je mula-mula tapi dia makin kerap berlaku dari sehari ke sehari. tekak tak sakit tapi boleh rasa macam cecair rasa pelik (lebih kepada bau lain, bukan busuk) tu dirembes dari belah kiri tekak tempat sama yang saya sakit sebelum ni.
adakah ini perkara biasa atau saya perlu consult pada doktor dengan lebih lanjut?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang tonsil
- Bengkak kalenjar air liur
- Luka pada tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.