Sulit
3 tahun
Sakit tekak dah 6 hari
Saya wanita berumur 35 tahun. 6 hari leoas saya mengalami sakit tekak bhgn kiri sehingga berasa sakit semasa menelan dan sakit di telinga kiri. Tetapi saya tidak mengalami demam, batuk dan selsema. Saya ada menghubungi doctor on call dan tekah diberi prescription difflam forte spray. Dan ubat itu telah pun saya guna pada hari ni (1 hari penggunaan).
Untuk pengetahuan, semasa tempoh 6 hari tersebut saya ada mengalami sakit kepala, pedih dibhgn ulu hati seakan mengalami gastrik. Dan sekarang gejala sakit kepala dan pedih ulu hati sudah tiada. Cuma sakit tekak masih terasa tetapi tidak kuat seperti mula-mula dan saya ada mengalami sakit sendi di jari2 tangan pula.
Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah pergi ke luar negara dan berhubung rapat dgn pesakit covid-19…adakah perlu saya risau berkenaan dgn masalah yg saya hadapi ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi masalah sakit tekak anda, saya nasihatkan untuk anda meneruskan sahaja ubat yang diberik mengikut arahan. Sakit tekak merupakan masalh yang lazim dan berkemungkinan mengambil masa untuk sembuh.
Untuk masalah sakit sendi anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan kesimpulan. Akan tetapi ia berkemugkinan kerana anda terlalu banyak menggunakan tangan. Ia juga boleh disebabkan dari masalah otot, saraf atau sendi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.