
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan batuk ringan
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya sedang mengalami sakit tekak sejak beberapa hari lepas. Sakit yg perit, susah utk telan air liur. Kemudian semalam sy mula batuk ringan. Juga rasa sakit di dalam telinga. Perlukah sy ke klinik utk antibiotik?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak, batuk ringan, sakit telinga dan kesukaran untuk telan air liur boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Otitis Media (Jangkitan pada telinga)
- Allergic rhinitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.