
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan demam waktu malam
Hi Doctor. Saya mula demam waktu malam dan sakit tekak bila officemate saya positif covid semalam

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Seseorang itu boleh menyebarkan virus dalam waktu 14 hari sebelum individu itu mengeluarkan gejala dan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Tambahan lagi, individu yang mempunya sejarah kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 lazimnya perlu membuat saringan COVID-19.
Justeru saya sangat menggalakkan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
cprc@moh.gov.my
Namun gejala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan cemas
- gangguan/jangkitan/inflamasi saluran tekak
- kekurangan minum air atau dehidrasi
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.