
Anonymous
6 tahun
Sakit tekak dan demam
sy fairul umur 39 sakit tekak dan demam br sehari tidak boleh makan dan minum adakah reparil 20mg membantu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat pagi En. Fairul. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Untuk makluman anda, Reparil 20 mg adalah sejenis ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan bengkak pada bahagian tercedera.
Bagi mengatasi masalah sakit tekak dan demam yang anda alami, ubat ini bukanlah rawatan yang sesuai. Oleh kerana anda tidak boleh makan dan minum, anda amat disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sila rujuk masalah anda untuk memberi maklumat lanjut dan menjalani pemeriksaan yang berkenaan agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma.
Terima kasih.