Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan ketiadaan suara sudah sembuh keesokan harinya. Cuma hanya mempunyai batuk ringan
Selamat petang Dr,
Saya mengalami sakit tekak pada hari Jumaat (13 March) lepas.Kemudian diikuti oleh ketiadaan suara. Saya telah berjumpa dengan doctor di klinik dan diberikan ubat.Pada hari sabtu (14 March), saya menghadiri majlis walimatul urus (kenduri Kahwin).
Namun begitu, sakit tekak dan ketiadaan suara sudah sembuh keesokan harinya. Cuma hanya mempunyai batuk ringan. Saya berjumpa sekali lagi dengan Doctor di sebuah klinik.Dan batuk saya berkurangan dan beransur sembuh.
Cumanya sekarang kadang kadang saya merasakan seperti suhu badan sedikit tinggi.Saya ada mengambil paracetamol.
Saya sudah melakukan ujian penilaian risiko COVID-19, dan keputusannya adalah minima. Pada hemat Doctor, perlukah saya melakukan ujian saringan COVID-19 di hospital atau klinik kesihatan?
Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, anda harus memeriksa suhu menggunakan termometer bagi mendapat suhu badan yang lebih tepat. Hal ini kerana terdapat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan badan berasa panas namun suhu tetap normal. Antaranya
- Hormon tiroid berlebihan
- sindrom premenstrual
- kehamilan
- Menopaus
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor serta menunjukkan perkembangan positif, tiada keperluan untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































