
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan sedikit batuk
Hi domtor. Saya wanita berumur 25 tahun. Saya sekarang berada di australia. Pada waktu malam saya mengalami sakit tekak atau sore throat. Saya tidak mempunyai batuk yg severe. Saya akan batuk lebih kurang 4 atau 5 kali sahaja semalaman disebabkan uneasiness of the sore throat atau position sewaktu berbaring. Adalah ini disebabkan covid 19 atau kes lain? Saya tidak demam dan tidak sakit badan.

5 tahun
Hi!
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan simptom sakit tekak dan batuk serta anda sedang berada di Australia, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- COPD
- Jangkitan kuman pada paru-paru
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini