
Sulit
3 tahun
Sakit tekak dan terasa bengkak di dalam tekak sebelah kiri
Saya berumur 30tahun dan selesai mendapat vaksin sinovac suntikan kedua pada 16 ogos yang lalu. Bermula 3 hari lepas, tekak saya berasa perit. Hari ini, tekak saya rasa seperti bengkak dan sukar untuk menelan… badan juga kadang kala rasa sejuk, lenguh2, dan letih… adakah saya mempunyai masalah thyroid kerana arwah ibu saya juga pernah mengalami masalah thyroid semasa beliau kecil…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Untuk makluman anda, masalah tekak anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini