
Sulit
3 tahun
Sakit tekak dibahgian tonsil
Saya seorang lelaki yg berumur Dalam 20an , saya seeing sakit tekak dibahgian tonsil apabila saya sakit tekak saya Akan berasa sakit kepala sakit dada Dan kesukaran bernafas. ? Saya Sudh membuat swab test tapi negatif . Boleh Dr menjawab mengenai penyakit yg saya Alami

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit tekak pada bahagian tonsil yang menyebabkan kepada gejala seperti sakit kepala dan dada serta mengalami kesukaran bernafas . Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu ataupun asap rokok
- Luka pada tekak
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.