andrewganing
4 tahun
Sakit tekak kerana tonsil
saya lelaki dalam 20’an saya selalu sakit tekak kerana tonsil.adakah kita akan mengalami sesak nafas,sakit kepala dan kita akan bernafas melalui mulut dan kita tidak dapat bernafas pakai hidung kerana hidung kita terasa sumbat.apa perlu kita buat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak ini bukan sahaja boleh disebabkan oleh tonsil bengkak, bahkan terdapat beberapa punca lain kepada sakit tekak seperti:
- Radang tekak - akibat jangkitan kulat atau kuman
- Iritasi tekak akibat asid refluks
- Kurang minum air
Masalah tonsil bengkak ini memerlukan rawatan dari segi ubat anti-radang dan antibiotik sekiranya perlu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.