
Anonymous
6 tahun
Sakit tekak macam ada sesuatu
Saya lelaki berumur 20 tahun… Saya mengalami sakit tekak… Pertama saya batuk kering sebab saya kurang minum ai akibat dia terasa tekak ada luka… Tetapi sembuh balik… Selepas saya ikut menyayi dia datang balik… Sejak itu sakit tekak saya rasa ada sesuatu macam nak tercekik tidak juga… Membuat nak menelan masih juga ada… Sakit tidak sakit kalau saya makan… Tapi dia tetap masih terasa ada sesuatu… Sakit tekak saya bukan di leher… Tapi macam di tengah tengah lehir dan badan… Adakah itu penyakit bahaya… Boleh saya tahu lebih dalam lagi kenapa begitu…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca sakit tekak anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami juga memerlukan maklumat lanjut tentang sakit tekak anda, serta latar belakang kesihatan yang lain. Sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai perkara:
- Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian tekak boleh menyebabkan sakit pada bahagian sepanjang saluran tekak
- Luka atau radang akibat makanan keras atau terlalu banyak menggunakan suara
- Ketumbuhan pada saluran tekak
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih